Betul Tapi Tidak Kena Cara



Hari ini utusan menyiarkan berita mengenai Bai'ah Talak yang digunakan Pas dalam memastikan calon pilihanraya Pas tidak mengkhianat Parti (baca : jemaah). Utusan memetik komentar YB Zul PKR. Isu ini timbul selepas mahaguru58 mendedahkan dalam blog beliau hasil dari pertemuan Dr Hassan Ali dengan blogger sebelum mesyuarat Khas Pas Pusat tempoh hari.

Akibat kekangan dan tekanan yang diberikan ramai pihak dan mungkin atas usaha niat jahat memburukkan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa, maka mungkin inilah salah satu cara (yang dirasakan) perlu dilakukan untuk menyatakan penegasan bahawa mereka tidak sekali-kali mahu masuk Umno apatah lagi nak bawa Pas masuk Umno. Hanya orang yang tahu perlembagaan Pas sahaja tidak akan cakap Pas pimpinan Pas mahu bawa masuk Pas ke dalam Umno. Ini kerana perlu diadakan muktamar Khas untuk itu. Hatta Presiden pun tidak boleh buat keputusan untuk Pas masuk Umno. Kesimpulannya, yang tuduh-tuduh TGHH nak bawa Pas masuk Umno tu, hanyalah orang yang dangkal ilmu dan perlembagaan Pas.

Saya mungkin bersetuju dengan langkah Dr Hassan Ali mengadakan pertemuan dengan blogger tetapi saya tidak bersetuju sehingga mendedahkan berkenaan Bai'ah Talak. Apatah lagi yang hadir itu, terdapat seorang dua blogger Muslim yang pro Umno. Akibatnya, reda isu berkenaan dengan EGM, timbul pula isu Bai'ah Talak. Media Umno mahupun media bebas kini mengambil peluang untuk terus memburukkan Pas. Mufti Perak tidak terkecuali.

Alhamdulillah hari ini juga TGHH telah mengarahkan kepada SU Agong untuk menyiasat perkara tersebut. Apapun, kita tunggu kenyataan dari pimpinan pusat. Jangan kita lebih sudu dari kuah. Wallahua'lam.


Jauhi Atau Dekati Mereka?


Semenjak dua menjak, PAS (baca : kita) semakin sibuk dengan isu dalaman jemaah. Bermula dari muktamar pemilihan Jun lepas sehinggalah kepada Seminar. Terbaru pula, isu Baiah Talak. Dan mengikut pengamatan saya, isu PAS akan berterusan didendangkan oleh Umno bagi memberikan imej buruk kepada PAS, musuh utama mereka.

Isu dan kemelut yang berlaku, memberikan PAS penumpuan yang lebih bagi mengatasi masalah tersebut. Lebih-lebih lagi, media bebas turut naik tongcang mengikut rentak Umno/Bn dalam menghentam PAS. Penumpuan ini sedikit sebanyak mengganggu gugat tugas dan peranan sebenar PAS yang merupakan parti yang bertunjangkan aqidah Islam dan meletakkan jemaah PAS sebuah parti Politik, Dakwah dan Tarbiyyah.

Sejujurnya, ahli PAS (baca : kita) perlu kembali ke landasan sebenar sebagaimana yang selalu diperingatkan oleh TGHH bahawa persoalan Politik, Dakwah dan Tarbiyyah hendaklah diadun sebati dalam gerak kerja Islami kita. Dalam penulisan ini, saya ingin cuba membawa kita ke satu masalah yang harus kita depani iaitu persoalan cinta sejenis.

Lesbian, Pengkid dan Gay adalah satu masalah yang timbul di negara kita yang semakin hari semakin hebat penularannya. Masakan tidak, dunia di hujung jari. Taipkan sahaja apa yang dicari, pasti ketemui. Dan inilah bagi saya merupakan faktor kepada penularan golongan ini. Tidak lupa, peranan kerajaan yang lemah menangani permasalahan ini juga wajar dimuhasabahkan. Masyarakat yang normal rata-rata mengkeji dan mengutuk perbuatan golongan ini yang selayaknya begitu. Namun, adakah kejian dan kutukan itu mampu membendung gejala yang menular ini?

Wajarkah kita menjauhi mereka? Atau kita harus mendekati mereka?

Pembukaan Pejabat Agong Pas di Jalan Raja Laut saya kira satu kelebihan kepada PAS bagi menyelami permasalahan yang berlaku diruang legar Jalan Chow Kit Rot. PAS (baca : kita) bagi saya, harus mendekati golongan ini. Program yang lebih bercorak hiburan dan akademik perlu dijalankan bagi mendekati golongan ini. Jika pendekatan melalui program keagamaan, saya rasa mereka malu dan segan untuk turut serta.

Justeru, langkah yang drastik dan kontemporari disamping thabat menjaga disiplin Islam harus diadakan bagi mendekati golongan Gay, lesbian dan Pengkid. Disamping itu, laman-laman sosial juga harus dimanfaatkan untuk mendekati golongan ini dan mengajak mereka ke jalan yang benar. Saya kira anda semua sependapat dengan saya bahawa laman-laman sosial yang melata di alam maya seperti Friendster, Tagged, Hi5, Twitter, Myspace dan sebagainya merupakan port atau medan mereka mencari kenalan dan meluaskan pengaruh ini.

Maka, pendekatan yang sama harus digunakan bagi mendekati mereka dan menyelami permasalahan yang dihadapi mereka. Tindakan ini bukanlah harus dipikul oleh jemaah PAS tetapi wajar dilakukan oleh ahli PAS (baca : kita) dengan bekal iman dan ilmu agar kita juga tidak mudah terpengaruh dengan mereka. Nau'zubillah.

Mereka adalah saudara seagama kita. Saya yakin, masih ada sinar bagi mereka jika mereka mengenali Islam dengan sebaiknya. Nah, sekarang nyatakan kesungguhan kita untuk mendekati dan menyampaikan dakwah kepada mereka. Semuanya kerana Allah, kerna kita sayang mereka. Wallahua'lam.


Bila Sarjana Rasa Diri Hebat

AHLI PAS HARUS MENOLAK AZIZ BARI SEMACAM MEREKA MENOLAK "UG".

Oleh : Ustaz Mokhtar Senik

Aziz Bari dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini semakin menyerlahkan keanggkuhan dan kesombongannya, sekaligus terlondeh segala adab-adab dan harga diri "keserjanaan" yang dimilikinya selama ini. Kata-kata Ulama yang mengatakan "Ilmu seseorang itu dihormati kerana adab dan budinya" ternyata kini tidak dimiliki oleh "Penyebar perpecahan ini". Aziz yang menjadi jurucakap kepada sebuah konspirasi yang semakin hampir terbongkar ini rupanya semakin "galak" bermain dengan api fitnah. Kelembutan dan kesediaan Pas khususnya Presiden memberikan ruang untuk beliau berucap dalam seminar esok ( 7 Nov) rupanya gagal difahami oleh "sarjana" ini. Rupanya beliau semakin merasakan suaranya dihargai. Pemikiran " bernas"nya diterima oleh ahli Pas dan beliau merasakan beliau benar-benar "hero" yang akan memberikan "nyawa" kepada Pas yang konon pada pandangan beliau sedang "nazak".

Siapa beliau?..Aziz Bari bukan "ahli Pas". Aziz Bari bukan anak usrah Pas. Aziz Bari bukan pimpinan pas, hatta bukan pimpinan cawangan pun. Kita bukan sombong sehingga tidak mahu mendengar "suara" dari luar kelambu Pas. Namun tindakan Aziz Bari mendesak secara terang-terangan agar "isteri mintak cerai dengan suami, dan memburuk-burukkan suami dihadapan anak-anak" adalah suatu tindakan "jahat" yang melampau. Tindakan "biadap" yang memuntahkan segala nilai-nilai seorang ilmuan. Muntah hanyir itu kini sangat memualkan mereka yang selama ini menghormati beliau. Mungkin benar rumahtangga Pas ada kelemahan, namun hentaman Aziz Bari terhadap pimpinan Pas tidak lagi boleh dianggap "nasihat". Ianya adalah suara "khianat" yang terbit dari "kesumat" yang hanya Allah Yang Tahu sebesar mana kesumat itu dalam gumpalan urat jantung Aziz Bari.

Saya telah ikuti tulisan Aziz Bari dalam setiap keluaran sinar harian. Ternyata "segala komen dan ucapan belasahnya" terhadap Dato' Seri Presiden bukan kerana beliau "sayangkan Pas". Namun belasahnya itu adalah belasah orang yang beragenda. Belasah orang yang ada motif yang tersembunyi. Sekali lihat apabila beliau menyerang Tuan Guru Presiden semacam disebabkan kerana beliau sayangkan Tuan Guru Nik Aziz. Saya yakin bukan begitu. Sayang yang "dibuat-buat" terhadap Tuan Guru Nik Aziz itu hanya untuk menarik sokongan sebahagian ahli Pas agar bersama dengan agenda beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden. Saya percaya jika sekiranya Tuan Guru Presiden berundur gara-gara kerja terancang Aziz ini, maka akan menyusul pula jadual baru Aziz mengundurkan Tuan Guru Mursyidul Am dengan berbagai analisa politik yang lain pula. Kerja Aziz hanya akan dikira selesai apabila "kumpulan Dedalu" berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan Pas, atau sekurang-kurangnya berjaya berada di Posisi yang penting dalam menentukan halatuju Pas. Selepas itu akan dibentuk satu wajah baru Pas, yang pastinya tidak lagi meletakkan agenda "Negara Islam" sebagai cita-cita Pas.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ahli Pas telah pun perasan akan adanya gerakan "dedalu" ini. Dulu mereka berada diluar Pas. Waktu itu mereka cuba bersaing dengan Pas. Pas dijadikan sasaran keritikan dalam usrah mereka. Namun apabila kumpulan mereka berpecah ( kerana ada ura-ura sebahagian ahli akan menukar presiden) maka mereka berkelana sendirian. Waktu itu mereka melihat saham Pas berada dianak tangga pertama dalam carta politik Negara. Maka berhijrahlah mereka kepada Pas. Kononnya untuk berkongsi pengalaman dan cita-cita perjuangan. Pas sebagai sebuah gerakan Islam menerima "taubat" siapa sahaja. Asalkan dapat bersama-sama memacu perjuangan ini kegerbang jaya. Namun dedalu ini masih punya agenda tersendiri. Maka secara senyap-senyap mereka adakan "jamaah dalam jamaah, mesyauart dalam mesyuarat". Usaha-usaha menaikkan rakan-rakan semazhab mereka dilakukan secara licik dan tersusun. Mungkinkah mereka di belakang Aziz Bari? ...kita mohon kepada Allah agar mendedahkan kepada kita konspirasi ini.

Saya yakin..Ahli Pas akan berdiri teguh dibelakang barisan kepimpinan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan semua saf kepimpinan Pas Pusat, Negeri dan Kawasan. Apapun kelemahan kita, akan kita baiki bersama dalam "keluarga" kita. Tidak perlu "makhluk asing" yang datang mengajar kita siapa yang patut kita pilih sebagai pemimpin dan siapa yang patut kita singkirkan. Kita bukan baru sehari dua hidup bersama kedua-dua tokoh kesyangan kita ini. Sudah puluhan siri kuliah dan ceramah mereka berdua kita ikuti. Seminar dan kertas kerja usah diceritakan lagi. Qiamullail dan munajat yang dipimpin oleh mereka berdua telah ratus kali kita ikuti. Saat Pas berpapah bangun diawal-awal tahun 80an, siapa yang membimbing semangat perjuangan kita?...Aziz Bari?...dan dedalu yang satu kafilah dengannya?...

Ya Allah selamatkan jamaah ini dari sentuhan tangan-tangan syaitan....


Komen :

Saya sependapat dengan Ustaz Mokhtar Senik. Hujah Dr. Aziz Bari tidak memperlihatkan kesarjanaan beliau. Ya, beliau pakar perundangan tetapi beliau belum tentu pakar dalam politik. Semuanya persepsi beliau. Orang kata, politik ini persepsi. Ayuh Dr Aziz Bari, terjun ke medan sebenar. Kelak saudara akan tahu jerit perihnya.

Apapun, bagi saya Dr Aziz Bari sudah melampau batas norma adab dan juga keilmuan dia. Jika semuanya persepsi dan pandangan, tidak perlu sampai mendesak TGHH berundur. Itu hak kami sebagai ahli Pas jika kami mahu. Wallahua'lam.

Kembali


Assalamua'laikum,

Lebih 6 bulan saya tidak menulis mahupun mengemaskini blog. Sekali sekala diperli juga sahabat-sahabat dek kerna blog yang hidup segan mati tak mau. Blog ni saya mula pada Mac 2007. Rugi jika saya tak manfaatkannya untuk perjuangan Islam. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menulis untuk kebaikan diri dan semua.

Semoga Allah memandu saya dan anda (blogger) dalam penulisan kita. Takut jika unsur fitnah dan adu domba menjadi santapan buat pembaca. Dulu, media baru dilihat sebagai kelebihan kepada PAS (Perjuangan Islam). Lately, ada yang kata media baru juga ada keburukan kepada PAS (Perjuangan Islam). Media baru tak salah sebenarnya, yang mungkin salah ialah pemilik blog tersebut yang mungkin tanpa sedar dan dengan sedar memecahbelahkan jemaah.

Sebagai permulaan baru sekembali kedunia blog, saya ucapkan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Semoga kita ditautkan dengan ukhwah fillah yang tetap utuh walaupun ditelan modenisasi. Wassalam.



Ayoh Ziq Sokong Ayoh Chik


Mursyidul Am Pas, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.

"Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," beliau berkata seperti dipetik oleh Bernama.

Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.




Senarai Calon Pemilihan PAS Pusat


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali semalam mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding dalam pemilihan Mensyuarat Agung Pas Pusat pada awal bulan Jun ini. Tahniah dan takziah saya ucapkan buat Ayoh Chik [Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang] yang telah diberi mandat untuk memacu hala tuju PAS buat penggal yang berikutnya. Semoga Ayoh Chik diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin PAS di masa akan datang. Berikut senarai penuh calon pemilihan yang di petik dari Harakahdaily.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Bingkisan Doa Buat Seorang Kawan


Saya tidak pernah bercerita tentang kawan saya ini. Namanya Mohd Tarmizi Hamzah atau lebih dikenali dnegan nama Miji. Kami akrab bermula sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Lepas saya menyambung pelajaran ke matrikulasi dan dia menyambung pelajaran ke tingkatan enam, kami kurang rapat. Mungkin juga sebab kurang bertemu. Tapi dia tetap saya kenang sebagai kawan rapat, walaupun suatu masa dulu.

Semalam (10hb Mei) seorang kawan sekampung menelefon saya dan memaklumkan bahawa Miji terlibat dalam kemalangan jalan raya di Merapoh menuju ke Kuala Lumpur setelah pulang bercuti bersama dua kakaknya. Dua kakaknya dikhabarkan stabil dan sedarkan diri sementara Miji cedera teruk termasuk patah leher. Emak menelefon saya selepas beberapa ketika untuk maklumkan tragedi yang sama.

Pagi tadi kawan yang sama menelefon saya sekali lagi. Katanya Miji telah kembali kerahmatullah. Kakak saya juga menelefon saya selepas itu untuk maklumkan hal yang sama. Usia allahyarham 24 tahun. Jika tidak silap, bulan Julai nanti usianya melangkah ke tahun baru, sebaya dengan saya. Baru semalam saya membuka friendster saya, saya menerima mesej jemputan dari allahyarham. Itulah mesej yang terakhir saya terima darinya.



Buat penjenguk yang membaca artikel saya ini, sudilah kiranya anda sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham Mohd Tarmizi Bin Hamzah. AlL-FATIHAH.





Berlumba Mengejar Kebaikan?


Kegusaran saya akhirnya berlaku apabila berlaku pertembungan bagi jawatan Ketua Pemuda dalam Muktamar Pemuda Pas Kelantan hari ini. Kegusaran yang bukan bererti menolak demokrasi dan pertandingan di dalam merebut jawatan di dalam Pas tetapi kegusaran saya dengan fenomena yang berlaku dalam Pas. Alangkah indahnya jika pemilihan ini disyurakan. Begitulah antara mesej yang saya sampaikan kepada Ustaz Abdul Latiff malam sebelum muktamar. Jika Pemuda Pas Terengganu dan Selangor antara contoh yang boleh menjadikan syura sebagai jalan penyelesaian, kenapa Pas Kelantan yang lebih senior tidak boleh? Pujian harus diberikan kepada Pemuda Terengganu dan Selangor.

Sekali lagi, saya bukan menolak amalan demokrasi tetapi saya cuma mahu mengingatkan bahawa saya tidak beriman dengan demokrasi. Demokrasi hanyalah alat bukan matlamat.

Dalam soal pemilihan Pemuda Pas Kelantan, saya terima seadanya apa yang berlaku. Kedua-duanya adalah tokoh pemuda yang saya segani. Siapa tak gembira bila ADUN Kawasannya menjadi Ketua Pemuda negeri. Ya, saya gembira dalam duka. Walaupun ada yang mengatakan bahawa kekalahan Ustaz Nik Abduh adalah dirancang, tapi saya mengambil sikap untuk tidak bercakap mengenainya walaupun mungkin ada kebenaran seperti yang didakwa. Kemenangan telah berpihak kepada Ustaz Abdul Latiff. Ini adalah keputusan dari pemuda negeri. Pandangan luar sama ada Ustaz Teh layak atau tidak bukan menjadi ukuran saat ini.

Apapun, tahniah dan takziah saya ucapkan kepada alFadhil Ustaz Nik Abduh dan alFadhil Ustaz Abdul Latiff atas kemenangan dan kekalahan ini. Jika diberikan saya peluang mencalonkan Ketua Pemuda Pas Pusat, maka saya akan calonkan Ustaz Abdul Latiff. Mungkin Ustaz Abdul Latiff tifak menolak, demi berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kebajikan. Semoga amanah KP Kelantan ini tidak membantutkan tugas dan tanggungawab sebagai ADUN Mengkebang dan YDP Kuala Krai. Jika Ustaz Teh bermasalah dalam menguruskan ketiga-tiga amanah ini, saya akan gesa ustaz Teh lepaskan salah satu jawatan, itupun jika saya mampu suarakan, siapalah saya.

Buat semua, renunglah kata-kata dari Allahyarham Ustaz Wan Jamil :
Jangan mengharapkan apa-apa jawatan dalam perjuangan, sebaliknya teruskanlah berjuang dan jangan sekali-kali kecewa sekiranya tidak dilantik memegang sebarang jawatan, biarlah Allah yang menilainya



Mesyuarat Pemuda Pas Kelantan Esok, Siapa KP Baru?


Esok (Sabtu) akan berlangsung Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kelantan. Saya agak kerunsingan kerna jauh dari sumber maklumat di sana. Saya cuba menelefon Abe Jak, orang yang agak rapat dengan Ustaz Teh. Namun hampa, panggilan tidak sampai. Persoalan bermain di fikiran saya, adakah Ustaz Teh akan menentang Ustaz Nik Abduh dalam pemilihan esok hari? Abe Jak pernah berkata bahawa jika ditimbang secara ilmiah dan rasional, Ustaz Teh tidak akan lawan Ustaz Nik Abduh. Namun yang menjadi masalah, ada 'golok-golok' (kaki kipas) yang men'cucuk-cucuk' agar Ustaz Teh bertanding Ketua Pemuda. Wallahua'lam.

Dua hari lepas, saya menelefon Ustaz Teh. Terkejut saya kerna beliau tahu dan kenal suara saya. Mungkin beliau sudah dapat mengagak akan maksud tujuan panggilan telefon dari saya. Almaklumlah, inilah kali pertama saya menelefonnya walaupun sudah lama mengenali beliau. Sejurus itu, saya terus bertanya,

"Ustaz ake (akan) tanding Ketuo Pemuda ko?"

"Tok tahu lagi. Dale perbincange. Samo ado Ustaz Nik Abduh tarik diri atau ana" lebih kurang jawapan Ustaz Teh.

Lega hati saya dengan penjelasan dari Ustaz Teh. Tanpa memanjangkan bicara, saya berterima kasih dan memberikan salam sebelum menamatkan panggilan. Sebelum ini havoc dibicarakan oleh MSO dalam blognya tentang pertandingan yang akan berlaku antara Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Abdul Latiff. Tidak hairanlah, MSO menulis surat merah buat Ustaz Nik dan Ustaz Teh.

Sekejap tadi saya menaip sesuatu buat Ustaz Teh, sekadar pandangan dari saya. Mesej saya ringkas, mudah-mudahan difahami oleh Ustaz Teh. Wallahua'lam.

"Salam. Ana tak tahu apa perkembangan terbaru. Sama ada ustaz akan bertanding jawatan KP Kelantan atau tidak. Siapalah ana untuk memberikan pandangan. Namun jauh disudut hati ana, ana tidak mahu lihat pertandingan antara Ustaz Teh dengan Ustaz Nik Abduh. Dua-dua pimpinan pemuda yang ana kasih kerana Allah. Tapi jika ditanya pada ana siapa pilihan ana? Maka ana akan jawab, Ustaz Nik pilihan ana. Bukan sebab Ustaz Teh tak layak tapi sebab senioriti, pengalaman yang lebih pada Ustaz Nik dan sebab ana nak lihat penumpuan Ustaz Teh pada tugas YB dan YDP. Allahua'lam. - Zulfadli"

Baru sekejap tadi Ustaz Teh membalas mesej saya yang tertera perkataan , "Terima Kasih". Begitulah Ustaz Teh, mendengar dan menerima pendapat semua orang. Tapi persoalan saya tidak terjawab juga. Biarlah. Biarlah perencanaanNya mengatasi segalanya esok. Semoga kebaikan dan kekuatan teguh bersama kepimpinan baru Pemuda Pas Kelantan.




Fikir Dulu, Pesan Tok Guru


Sejak akhir ini saya tidak ada semangat untuk menulis. Entahlah, saya pun tidak mengerti kenapa. Namun saya gagahkan diri menulis sesuatu sekitar pandangan saya. Ada juga teman yang seakan perli sebab blog saya jarang sangat dikemaskini. Nak kata sibuk, tak lah sangat, menyibuk adalah.

Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel yang berkisar Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 yang akan berlangsung di Stadium Melawati, awal bulan June nanti. Saya cuba mengupas beberapa isu dan memberikan pandangan saya. Sebagai pencerahan, artikel ini lahir dari keinginan saya bukan niat untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar maklumat dan pandangan. Setakat ini, beberapa orang pimpinan memberikan signal sinis agar Dato' Husam Musa bertanding jawatan Presiden PAS bagi memacu hala tuju parti selepas beliau (Dato' Husam) menyatakan bahawa beliau sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi membetulkan hala tuju Pas.

Ustaz Nasarudin Tantawi dalam blognya menyarankan agar Dato' Husam bertanding jawatan Presiden agar hala tuju parti lebih jelas. Manakala Dato' Ustaz Nik Amar juga menyarankan Dato' Husam bertanding jawatan Presiden dan bukan Timbalan Presiden kerna Presiden yang memacu hala tuju parti bukan timbalan Presiden. Ini menggambarkan bahawa alasan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden bagi memacu hala tuju parti yang lebih terang adalah alasan semata-mata.

Apapun, terserahlah kepada Dato' Husam untuk membuat pilihan. Secara peribadi, Dato' Husam dari sudut gerak kerja dan keprofesionalan memang boleh menjawat jawatan Timbalan Presiden, tetapi jika diukur dari aspek jemaah, adab dan akhlak berjemaah, saya rasa Dato' Husam belum layak. Untuk ke arah itu, betulkan niat dan buang sikap lone ranger. Satu lagi, kenyataan jangan bercanggah dengan keputusan mesyuarat dan jangan bercanggah dengan kenyataan Presiden. Nampak kurang beradab. Wallahua'lam


Jasamu Akan Ku Kenang

Dari kiri : Mak (Ibu tercinta), Mok Kak Nab (Hajjah Zainab) dan Tok Su (Jiran)

Saya, mak dan kakak meluangkan masa menziarahi Mok Kak Nab semasa menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Krai di Markaz Pas Kuala Krai, Pondok Sungai Durian. Mok Kak Nab pernah berjasa pada kami sekeluarga lenih-lebih lagi kepada saya, mak dan arwah ayah. Kenapa dengan saya? Sebab Mok Kak Nab lah yang menyelamatkan saya (dengan izin Allah) dari mati kelemasan. Diceritakan, ketika baru dilahirkan saya menggelepar dan tidak berbunyi tangisan kerna tidak dapat bernafas. Mak saya buntu tidak tahu nak buat apa. Tambahan mak baru lepas bertarung nyawa melahirkan saya. Lalu Mok Kak Nab lah yang menekup sedikit hidung saya dengan lampin dan menyedut lubang hidung saya dengan mulutnya khuatir hidung saya tersumbat.

Telahan Mok Kak Nab betul. Tindakan beliau menyelamatkan saya dari kelemasan. Syukur alhamdulillah. Allah panjangkan umur saya. Jika tidak, saya tak mampu nak mencoret sesuatu di laman Harapan ini. Terima kasih Mok Kak Nab, jasamu akan ku kenang. Semoga Mok Kak Nab sihat selalu disamping Nasarudin (anak) dan cucu-cucu. Insyaallah jika ada kesempatan di lain waktu, saya akan bawa Mak bertandang lagi.





Takziah Dan Tahniah Ustaz Teh



Beberapa hari lepas, saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Krai. Sesekali balik kampung halaman, saya terus mengambil ruang kesempatan yang ada untuk terlibat dengan Kawasan. Alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk terlibat dalam aktiviti jemaah di mana pun saya berada. Malam sebelumnya, saya didatangi oleh Abe Jak, sahabat abang sulong saya. Beliau merupakan AJK Pemuda Kawasan Kuala Krai. Panjang lebar kami bertiga berbual dan bertukar fikiran tentang isu semasa. Tidak terkecuali isu pemilihan Pas. Dicelah perbualan, masih sempat beliau menyatakan hasrat agar saya balik dan berjuang di dalam Pemuda Kuala Krai. Pendokong yang melalui tarbiyyah kampus hampir tiada katanya. Saya hanya senyum tanpa memberikan jawapan.

Ustaz Abdul Latiff akhirnya dipilih sebagai YDP Pas Kawasan Kuala Krai yang baru. Beliau kini memegang rekod sebagai YDP termuda Kelantan, mengalahkan penyandang iaitu Ustaz Ibrahim Madinah. Tahniah dan takziah saya ucapkan. Ustaz Latiff sememangnya mengenali keluarga saya, dari arwah ayah hinggalah kepada saya. Almaklumlah, arwah ayah anak murid Tuan Guru Pak Su Weil (Pak Saudara Ustaz Latiff) dan abang sulong saya pula bekas AJK Pemuda Kawasan. Tapi hasrat saya untuk bertemu mata dengan beliau tak kesampaian sebab saya pulang awal dari mesyuarat kerna menemani ibu dan kakak menziarahi Mok Kak Nab yang uzur.

Jika ada kesempatan, insyaallah kita akan berjumpa di masa akan datang. Sekali lagi takziah dan tahniah saya ucap pada Ustaz Teh diatas taklifan ini. Bertambah satu lagi amanah Ustaz Teh yang juga merupakan Adun Mengkebang dan penyandang Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan. Harapnya Ustaz Teh tidak menambahkan lagi beban amanah dengan bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan. Tumpukan tugas sebagai YB dan YDP baru Kuala Krai dan be a good supporter sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan. Wallahua'lam.





Mesyuarat Agung Pas Kawasan Putrajaya


Alhamdulillah Pas Kawasan Putrajaya telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali kelima dengan jayanya. Ustaz Nazir Zakaria berjaya mengekalkan jawatan YDP Pas Putrajaya tanpa bertanding. Jawatan TYDP di menangi oleh Saudara Shauqi dan NYD Saudara Muin. Seramai 16 AJK telah dipilih secara pengundian kertas.

Pas Kawasan telah mencalonkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden dan mencalonkan Tuan Guru Dr. Harun Din sebagai Timbalan Presiden. Manakala YB Salahudin Ayub, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Dato' Husam Musa dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden.

Mesyuarat yang berakhir jam 2petang dihadiri lebih dari 50 orang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Idris Ahmad yang merupakan AJK Pas Pusat. Saya turut serta dalam mesyuarat tersebut sebagai perwakilan pemuda.




10 Sebab Perlukan Ulama'


Oleh : Ustaz Zulkarnain Abidin al-Hafiz


Saya tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. Saya ada alasan dan hujah.

Satu - Semangat Kepimpinan Ulama’.

Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti ini dipegang oleh ulama’.

Dua - Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat Presiden adalah ulama’ maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah seorang ulama’ agar semangat kepimpinan ulama’ itu sentiasa segar.

Tiga - Kemampuan Ilmu Syarak.

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus daripada sumber-sumber yang muktabar. Hanya ulama’ yang mampu melakukan itu semua.


Empat - Pas Adalah Gerakan Islam.

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam.

Lima - Tiada Cacatnya Timbalan Presiden Adalah Ulama’.

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama’ dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah, itu adalah masalah individu terbabit bukan masalah ulama’. Jangan korbankan ulama’ kerana individu.

Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?

Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.

Tujuh - Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain.

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama’ sebagai tunggak. Sesiapa sahaja boleh berada di hierarki tertinggi parti-parti itu. Mengapa kita perlu sama dengan mereka? Lebih baik dan lebih bermakna kita kekalkan kelainan dan keunggulan kita.

Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.

Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?

Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.

Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?

Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.

Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.

Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.

Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.

Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’.

Tangguh Bukan Tarik Balik

Keratan Akhbar Siasah Edisi 0146

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib).

"Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.


Berdasar kepada perkembangan masa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.

PAS Bukit Bintang merupakan kawasan pertama yang tidak mencalonkan Abdul Hadi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Sebaliknya, kawasan tersebut mencalonkan Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi jawatan tersebut.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik ditarik balik atas alasan ia tidak difahami orang ramai termasuk ahli PAS sendiri.

Minta BN bertanding

Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah oleh Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, yang menyatakan cadangan itu bertentangan dengan keputusan Muktamar Agung Pas di Ipoh tahun lalu.

Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusan yang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklah dibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Abdul Hadi mencabar BN supaya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penant.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu Isnin depan.

Abdul Hadi berkata, BN serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.

Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan
pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.

Tetamu Bermula 28 Mei 2008